Tiada rancangan elak perang dengan Korea Selatan, kata Kim Jong Un


Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mengancam untuk menghancurkan Korea Selatan jika Seoul cuba menggunakan kekerasan terhadap Pyongyang. – Gambar AFP, 10 Januari, 2024.

PEMIMPIN Korea Utara Kim Jong Un menggelar Korea Selatan sebagai “musuh utama” Pyongyang dan menegaskan beliau “tidak berhasrat untuk mengelak peperangan” dengan negara jirannya itu, lapor media kerajaan pada Rabu.

Kim juga mengancam untuk menghancurkan Korea Selatan jika Seoul cuba menggunakan kekerasan terhadap Pyongyang, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Agensi Berita KCNA.

Menurut KCNA dengan menganggap Korea Selatan sebagai musuh utama negara itu, Kim menegaskan bahawa Korea Utara sepatutnya memberi keutamaan untuk meningkatkan keupayaan ketenteraan bagi pertahanan diri dan pencegahan nuklear sebagai keutamaan mereka. – Bernama, 10 Januari, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen