11 cedera, 1 hilang dalam letupan hotel di Texas


Letupan di Hotel Sandman Signature Fort Worth Downtown dipercayai berpunca daripada kebocoran gas namun tidak menolak kemungkinan faktor lain. – Gambar Facebook, 9 Januari, 2024.

SEKURANG-KURANGNYA 11 cedera manakala seorang lagi hilang dalam letupan sebuah hotel di pusat bandar Fort Worth, Texas, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, kata pihak berkuasa, lapor United Press International (UPI).

Jabatan Bomba Fort Worth dalam hantaran di media sosial berkata daripada mereka yang cedera, seorang dilaporkan kritikal manakala dua lagi dalam keadaan serius berikutan letupan kira-kira 3.30 petang itu.

Jabatan itu berkata letupan di Hotel Sandman Signature Fort Worth Downtown itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas namun tidak menolak kemungkinan faktor lain.

Polis berkata mereka menutup radius dua blok di sekitar hotel kepada lalu lintas. – Bernama, 9 Januari, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen