Topeng pelitup muka kembali wajib dipakai di Sepanyol


Sepanyol keluar arahan wajib memakai topeng pelitup muka di hospital dan pusat kesihatan susulan lonjakan kes selesema. – Gambar EPA, 9 Januari, 2024.

SEKALI lagi pemakaian topeng pelitup muka diwajibkan di hospital dan pusat penjagaan kesihatan di Sepanyol bermula esok, kata kementerian kesihatan ketika negara itu berdepan wabak selesema.

Arahan itu dikeluarkan selepas mesyuarat antara kementerian kesihatan dan wakil wilayah itu yang mengawal sistem kesihatan masing-masing.

Sepanyol yang teruk terjejas akibat gelombang pertama Covid-19 pada 2020, sudah beberapa hari mempertimbangkan langkah itu tetapi ada wilayah yang tidak bersetuju untuk kembali memakai topeng pelitup muka.

“Sejak pandemik itu, kami belajar,” kata Menteri Keseihatan Monica Garcia.

“Kami fikirkan ia sebaiknya tentang isu topeng untuk melindungi pesakit dan perawat di semua pusat kesihatan dan hospital.”

Pemakaian pelitup muka adalah langkah yang efektif, dan disokong dengan bukti saintifik yang diterima dalam populasi, katanya.

Wilayah timur Valencia dan Catalonia pada Jumaat berkata mereka akan turut mengarahkan pekerja kesihatan dan pesakit memakai topeng pelitup muka.

Sejak beberapa hari lalu, doktor di Sepanyol memberi amaran berkenaan lonjakan jumlah kes selesema, selain Covid dan virus yang mengganggu sistem pernafasan.

Topeng diwajibkan di Sepanyol sepanjang pandemik, di mana perintah berkurung di negara itu antara yang paling ketat di dunia. – AFP, 9 Januari, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen