Serangan kereta di Tebing Barat, Israel bunuh kanak-kanak Palestin


Polis Israel menembak mati seorang kanak-kanak Palestin selepas mendakwa bertindak atas serangan rempuhan kereta di pusat pemeriksaan di Tebing Barat. – Gambar AFP, 8 Januari, 2024.

POLIS Israel menembak mati seorang kanak-kanak Palestin selepas mendakwa bertindak atas serangan rempuhan kereta di pusat pemeriksaan di Tebing Barat.

Paramedik kemudian mengesahkan kanak-kanak itu maut.

Menurut kenyataan polis dan rakaman video, seorang pemandu van merempuh ke arah pegawai di pusat pemeriksaan di antara Jerusalem dan Ramallah itu, menyebabkan mereka melepaskan tembakan.

“Akibat tembakan ke arah van itu, seorang kanak-kanak yang berada di dalam kenderaan lain di situ tercedera,” kata polis.

Jurucakap pasukan kecemasan Israel kemudian mengesahkan seorang kanak-kanak tiga tahun maut.

Polis berkata suspek yang ditembak turut cedera.

Rakaman CCTV dikeluarkan polis menunjukkan sebuah van melalui pusat pemeriksaan di Bidu, dengan sebuah lagi van lebih kecil rapat mengikutinya, melanggar pegawai dan melarikan diri.

Polis dilihat melepaskan tembakan ke arah kedua-dua van itu. – AFP, 8 Januari, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen