Zahid ke KK malam ini, selesai 'isu' Umno Sabah


Zahid akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan isu Umno Sabah itu, esok. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Januari, 2024.

PRESIDEN Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan ke Kota Kinabalu, Sabah malam ini untuk menyelesaikan isu Umno negeri itu yang didakwa sedang bergolak.

Menjawab pertanyaan pemberita mengenai situasi terkini Umno Sabah, Ahmad Zahid berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara itu esok di Sabah.

“Saya akan terus ke Sabah selepas program ini dan akan berikan satu kenyataan di KK (Kota Kinabalu) esok,” katanya pada sidang media selepas merasmikan MoodaFest di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata UMNO Sabah bersedia untuk bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 nanti.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Tertinggi Umno Abdul Rahman Dahlan dilaporkan berkata Umno Sabah, belum membuat keputusan mengenai sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak bagi menghadapi PRN itu. – Bernama, 7 Januari, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen