Tentera India gagalkan cubaan bersenjata rampas kapal


Tentera India berjaya menggagalkan usaha rampasan bersenjata sebuah kapal pengangkut. – Gambar AFP, 6 Januari, 2024.

TENTERA Laut India berkata tindakan pantas yang diambil pihaknya membantu menggagalkan cubaan sekumpulan suspek bersenjata untuk merampas kapal pengangkut MV Lila Norfolk.

Pesawat peronda maritim dan kapal pemusnah peluru berpandu INS Chennai dikerah bagi membantu kapal berkenaan.

Seramai 21 anak kapal termasuk 15 warga India berjaya dipindahkan dari kapal terbabit.

Menurut laporan, sekitar lima hingga enam suspek yang tidak dikenali menyusup masuk ke dalam kapal berkenaan di Laut Arab pada petang Khamis.

Bagaimanapun, tentera tidak menemukan penceroboh berkenaan selepas menggeledah kapal itu. – Bernama, 6 Januari, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen