China perkenal setem khas sempena tahun naga


China Post melancarkan satu set dua setem khas untuk menyambut tahun naga berdasarkan zodiak Cina yang akan datang. – Gambar AFP, 6 Januari, 2024.

CHINA Post melancarkan satu set dua setem khas untuk menyambut tahun naga berdasarkan zodiak Cina yang akan datang, lapor Xinhua.

Satu daripada setem diperkenalkan perkhidmatan pos China itu menggambarkan seekor naga emas yang terbang di antara awan dengan latar belakang merah.

Imej dan posturnya berasal dari Tembok Sembilan Naga di dalam Kota Larangan, melambangkan semangat kemajuan yang kuat dan peningkatan diri.

Satu lagi setem menunjukkan dua ekor naga terbang di sekitar perkakas jed tradisional Cina yang ditulis dengan corak bertuah, menyatakan hasrat baik cuaca, kemakmuran dan keamanan yang sesuai untuk negara dan rakyat.

China mengeluarkan setem zodiak setiap tahun sejak 1980.

Kitaran zodiak Cina mengandungi 12 haiwan yang merekodkan tahun dan mencerminkan sifat manusia iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi. – Bernama, 6 Januari, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen