Israel terus bedil Gaza


Jenazah pemimpin kanan Hamas Saleh al-Aruri selamat dikebumikan semalam. Beliau terbunuh dalam serangan Israel di Beirut, Lubnan. – Gambar AFP, 5 Januari, 2024.

TINDAKAN Israel mengebom Gaza terus menyebabkan ratusan penduduk Gaza terkorban semalam, kata kementerian kesihatan Hamas di wilayah Palestin, dengan ketegangan terus meletus dalam perang yang kini masuk bulan ketiga.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken akan kembali ke Timur Tengah bagi lawatan keempatnya sejak serangan balas pejuang Hamas pada 7 Oktober.

Blinken dijangka mengadakan rundingan dengan pemimpin Israel berkenaan langkah segera untuk meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza, kata jurucakap Matthew Miller.

Tentera Israel dalam kempennya untuk memusnahkan Hamas, melaporkan lebih banyak serangan akan dilakukan di sekitar Gaza yang kini menjadi zon perang, dan Khan Yunis, bandar terbesar di selatan Gaza.

Israel berkata ia membunuh pejuang Hamas di kawasan Khan Yunis, memusnahkan infrastruktur Hamas dan menyerang pejuang yang cuba meletakkan bahan letupan berhampiran tenteranya.

Kementerian kesihatan Hamas melaporkan 125 terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Gaza.

Kebakaran berlaku di kawasan Deir al-Balah dan kem pelarian Al-Maghazi akibat serangan bom.

Dengan perang masih bulan keempat, AS berkata Israel mungkin mencapai matlamat ketenteraannya tetapi tidak yakin berkenaan harapannya untuk menghapuskan Hamas secara keseluruhan.

Perang Israel terhadap Hamas mungkin berkembang menjadi konflik serantau lebih luas selepas serangan di Lubnan, yang menyebabkan kematian timbalan pemimpin Hamas Saleh al-Aruri.

Saleh terbunuh pada Selatan di selatan Beirut akibat serangan Israel.

Gerakan Hezbollah berkata pembunuhan Saleh dan enam lagi orang penting Hamas di kubunya akan dibalas, melabelkan ia adalah serangan serius terhadap Lubnan dan perkembangan yang berbahaya.

Pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah memberi amaran kepada Israel selepas ketua tentera Israel Herzi Halevi, ketika melawat sempadan Lubnan berkata tenteranya dalam keadaan sangat bersedia untuk menyerang. – AFP, 5 Januari, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen