SEKURANG-KURANGNYA 30 maut di wilayah Ishikawa selepas beberapa siri gempa bumi kuat melanda tengah Jepun dan kawasan sekitar, Xinhua memetik laporan Agensi Berita Kyodo.
Susulan insiden itu, kebakaran tercetus di pusat pelancongan terkenal di sekitar pasar pagi Wajima hingga memusnahkan sekitar 200 bangunan.
Beberapa bangunan turut runtuh menyebabkan 14 tertimbus.
Orang ramai turut mengalami kecederaan di wilayah Niigata, Toyama, Fukui dan Gifu akibat bangunan runtuh atau rosak.
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata kerajaan menghantar beberapa pasukan pertahanan ke kawasan terjejas dan akan terus memberikan bantuan.
Sejak Isnin, Jepun dilanda sekurang-kurangnya 155 siri gempa bumi. – Bernama, 2 Januari, 2024.
Komen