Tiada rakyat Thailand terjejas gempa bumi di Jepun


Gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun, mencetuskan amaran tsunami di sepanjang kawasan pantai barat. – Gambar AFP, 2 Januari, 2024.

KEMENTERIAN Luar Thailand mengesahkan tiada rakyatnya dilaporkan cedera atau maut setakat ini dalam kejadian gempa bumi di Jepun semalam.

Susulan itu, pihaknya menasihatkan rakyat Thailand supaya berhati-hati dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan pihak berkuasa dan media Jepun.

Sekiranya melibatkan kes kecemasan, Kedutaan Thailand di Tokyo boleh dihubungi melalui talian +8190-4435-7812.

Gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun, mencetuskan amaran tsunami di sepanjang kawasan pantai barat Jepun manakala gelombang tsunami kecil turut melanda beberapa kawasan pantai. – Bernama, 2 Januari, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen