Ratu Denmark Margrethe II mengumumkan hasrat baginda untuk turun takhta semasa ucapan Ambang Tahun Barunya pada Ahad, menurut laporan media.
Ratu yang berusia 83 tahun bertitah baginda akan secara rasmi berundur pada 14 Januari selepas lima dekad menduduki takhta, lapor Agensi Anadolu memetik Dagens News.
Ratu Margrethe II menaiki takhta pada tahun 1972 selepas kemangkatan ayahandanya Raja Frederik IX.
Menurut laporan itu baginda akan digantikan anak sulungnya Putera Mahkota Frederik yang berusia 55 tahun. – Bernama, 1 Januari, 2024.
Komen