Gempa kuat landa Sumatera


GEMPA bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda luar Pantai Barat Utara Sumatera, Indonesia pada 1.19 petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 19 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 323 km barat dari Simeulue.

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama, 30 Disember, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen