Salji lebat diramal landa sebahagian besar kawasan di Seoul


Pentadbiran Meteorologi Korea menjangkakan salji lebat di Seoul mencapai 5cm atau lebih dalam tempoh 24 jam. – Gambar AFP, 30 Disember, 2023.

AGENSI cuaca Korea Selatan pada Sabtu mengeluarkan amaran salji lebat atau hujan dijangka melanda di kebanyakan kawasan di Seoul menjelang tahun baharu.

Amaran itu berkuat kuasa pukul 9 pagi di bahagian timur laut dan barat laut Seoul serta Incheon di sebelah barat dan di kawasan Gyeonggi, menurut Agensi Berita Yonhap yang memetik Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA).

Salji dijangka mencapai lima sentimeter atau lebih dalam tempoh 24 jam.

Sementara itu, hujan sehingga 0.1mm  atau salji kurang dari 0.1 cm dijangka melanda bahagian timur Gyeonggi dan selatan Chungcheong.  

Menurut agensi itu salji lebat turut diramal melanda di pedalaman di timur Gangwon pada Ahad pagi dan di kawasan pantai pada sebelah petang. – Bernama, 30 Disember, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen