106 wartawan terbunuh di Gaza dalam tempoh 84 hari serangan Israel


Petugas media terus menjadi sasaran Israel di Gaza. – Gambar Facebook, 30 Disember, 2023.

TENTERA Israel membunuh 106 wartawan Palestin di Semenanjung Gaza dalam tempoh 84 hari sejak serangan bermula pada 7 Oktober, lapor Agensi Anadolu.

Pejabat Media Gaza memaklumkan seorang lagi wartawan TV Al-Quds terbunuh dalam serangan di Kem Pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah pengamal media yang terbunuh kepada 106 orang.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, pejabat itu berkata Israel sengaja membunuh wartawan di Gaza untuk menutup naratif Palestin, menyembunyikan kebenaran dan menghalang berita serta maklumat daripada tersebar ke peringkat antarabangsa. – Bernama, 30 Disember, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen