SEKURANG-KURANGNYA 40 terbunuh selepas hujan lebat semalaman melanda Bukavu, ibu negeri Wilayah Kivu Selatan di timur Republik Demokratik Congo (DRC).
Hujan lebat itu menyebabkan banjir dan tanah runtuh, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan semalam.
Menurut pejabat gabenor wilayah sekurang-kurangnya 20 ditemukan maut di Bukavu manakala 20 lagi terbunuh di kampung sekitar Burhinyi.
Pihak berkuasa wilayah berkata pasukan penyelamat dihantar ke kawasan terjejas untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Minggu lepas, sekurang-kurangnya 20 terbunuh dalam tanah runtuh akibat hujan lebat di kampung Kalingi di Wilayah Mwenga, Kivu Selatan. – Bernama, 28 Disember, 2023.
Komen