Delhi lapor kes pertama sub-varian Covid-19 JN.1


Setakat ini sebanyak 110 kes JN.1 dilaporkan di sembilan negeri, termasuk Gujarat, Karnataka, Goa, Maharashtra, Rajasthan, Tamil Nadu dan Telangana. – Gambar EPA, 28 Disember, 2023.

DELHI melaporkan kes pertama JN.1, sub-varian COVID-19 pada Rabu di tengah-tengah peningkatan jangkitan virus di negara itu.

Di India, varian itu kali pertama dikesan di Kerala pada 8 Dis dalam sampel ujian RT-PCR positif seorang wanita berusia 79 tahun.

Setakat ini sebanyak 110 kes JN.1 dilaporkan di sembilan negeri, termasuk Gujarat, Karnataka, Goa, Maharashtra, Rajasthan, Tamil Nadu dan Telangana.

WHO baru-baru ini berkata strain baharu itu mungkin menyebabkan peningkatan kes SARS-CoV-2 (sindrom pernafasan akut teruk koronavirus 2) di tengah-tengah lonjakan jangkitan jangkitan virus dan bakteria lain, terutamanya di negara yang memasuki musim sejuk.

Dengan jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat, kemudahan penjagaan kesihatan berprestij Delhi All India Institute of Medical Sciences (AIIMS) pada Rabu menubuhkan unit saringan Covid-19 di bahagian kecemasannya.

India merekodkan 529 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes aktif kepada 4,093 pada pagi Rabu.

Sebanyak tiga kematian baharu, dua dari Karnataka dan satu dari Gujarat, dilaporkan dalam tempoh itu. – Bernama, 28 Disember, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen