Ramai masih berbelah bahagi pakai pelitup muka 


Ravin Palanisamy

RAMAI rakyat Malaysia masih berbelah bahagi sama ada mereka perlu mengenakan pelitup muka di tengah-tengah peningkatan kes Covid-19.

Bercakap kepada The Malaysian Insight, ada yang mengatakan mereka mengelak daripada menggunakan pelitup muka kerana ia tidak lagi diwajibkan.

Menurut mereka, langkah berjaga-jaga tetap diambil apabila perlu sebagai langkah keselamatan.

Mohd Thaufiq, 37, berkata dia berhenti menggunakan pelitup muka sejak awal tahun, berikutan penurunan kes koronavirus dan penularannya. 

“Berdasarkan apa yang dilaporkan oleh kementerian kesihatan, kes-kes sekarang masih terkawal, dengan mereka yang terjejas hanya mengalami gejala ringan.

“Maksudnya, walaupun saya dijangkiti, kemungkinan besar saya boleh pulih.

“Tetapi kemungkinan untuk dijangkiti masih ada dengan atau tanpa pelitup muka. Jadi, saya tidak risau sangat,” kata Thaufiq, yang sudah dua kali dijangkiti Covid-19 sejak permulaan wabak itu.

Menurut V. Suren, 30, tidak ada lagi kepentingan menggunakan pelitup muka.

“Saya lihat mereka yang menggunakan topeng muka pun kadang-kadang menanggalkannya.

“Mereka boleh dijangkiti. Ya, ia adalah langkah pencegahan tetapi selagi tiada arahan daripada kerajaan untuk mewajibkan pelitup muka sekali lagi, kita tidak perlu panik,” kata bapa kepada seorang cahaya mata itu. 

Malaysia sedang mengalami lonjakan kes Covid-19, yang dijangka berterusan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menjelang Krismas dan Tahun Baru.– 27 Disember, 2023.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen