Murid Tahun Lima ditemukan lemas, seorang lagi masih hilang


SEORANG murid perempuan Tahun Lima ditemukan lemas ketika bermain banjir, manakala seorang lagi masih hilang di Kampung Petai Dusun dekat Rantau Panjang, di Pasir Mas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Supt Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam lebih kurang 6.39 petang, semalam.

“Kedua-dua mangsa yang sedang bermain banjir telah tergelincir sebelum dibawa arus.

“Mangsa, Siti Aisyah Mazi, 11, telah diselamatkan orang awam dan dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk mendapatkan rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia, semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa, Nur Damia Qaisara Mohd Sabre, 11, masih giat dilakukan oleh pihak polis dan bomba.

“Saya nasihatkan orang ramai untuk cakna mengenai keselamatan anak-anak di bawah jagaan masing-masing yang bermain air tanpa pengawasan,” katanya.– Bernama, 25 Disember, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen