Projek kereta api berkelajuan tinggi disambung semula, kata Anwar


Jahabar Sadiq

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata projek HSR akan disambung semula dengan kos lebih rendah dan bersama penyertaan sektor swasta. – Gambar Pejabat Perdana Menteri, 23 Disember, 2023.

MALAYSIA pada dasarnya bersetuju menyambung semula pembinaan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dengan Singapura, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau juga berkata rangkaian kedua 5G akan dimuktamadkan pada suku pertama 2024.

“Pada dasarnya kita telah bersetuju. Kita hanya perlu menilai soal pemilikan tanah dan penyesuaian dengan Singapura,,” kata Anwar ketika ditanya pada dialog bersama media Malaysia dan asing di Seri Perdana, Putrajaya hari ini.

“Tidak masuk akal untuk membayar penalti. Ia terhenti disebabkan oleh alasan kewangan di Malaysia,” tambahnya.

Malaysia membayar RM320 juta sebagai penalti kepada Singapura kerana tidak meneruskan HSR yang akan menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura.

“Jika kita teruskan, ia dengan kos lebih rendah dan penyertaan sektor swasta,” kata Anwar.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang akan menjadi Yang di-Pertuan Agong pada Januari, menggesa projek HSR dihidupkan dan diselaraskan semula untuk melalui Forest City, pembangunan hartanah yang dibina di atas tanah tebus guna di Selat Johor. – 23 Disember, 2023.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen