Polis tembak mati 3 penjenayah di Selayang


POLIS menembak mati tiga penjenayah dipercayai warga asing di Selayang awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Ariffin Mohamad Nasir ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu yang dipercayai berlaku kira-kira 1 pagi.

Beliau berkata satu sidang media berhubung kes berkenaan akan diadakan oleh Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada 2 petang ini.

“Memandangkan ketua polis Selangor akan mengadakan sidang media petang ini, jadi segala maklumat lanjut berkaitan kejadian terbabit akan diberikan oleh beliau,” katanya ringkas. – Bernama, 23 Disember, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen