Lebih 75% rakyat Russia percaya Putin


Kira-kira 77% rakyat Russia mempercayai Presiden Vladimir Putin manakala 78% lagi yakin dengan prestasi kerjanya. – Gambar EPA, 23 Disember, 2023.

KIRA-KIRA 77% rakyat Russia mempercayai Presiden Vladimir Putin manakala 78% lagi yakin dengan prestasi kerjanya, lapor Sputnik merujuk tinjauan pendapat terbaharu oleh Yayasan Pendapat Awam (FOM) Russia.

Pada masa sama tinjauan itu mendapati 13% responden tidak mempercayai Putin.

Sementara itu, 78% rakyat Russia yakin akan prestasi kerja presiden manakala kira-kira 9% berpendapat sebaliknya.

Tinjauan pendapat itu dijalankan dalam kalangan 1,500 responden di 53 wilayah Russia pada 15-17 Disember. Margin kesilapan tidak melebihi 3.6%.

Pada Disember, Parlimen Russia menetapkan pilihan raya presiden akan diadakan dari 15-17 Mac, 2024.

Putin pada hujung bulan itu mengumumkan akan bertanding semula jawatan presiden Russia. – Bernama, 23 Disember, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen