Konvensyen Amanah: Aiman Athirah kekal ketua AWAN, Anfaal timbalan


Aiman Athirah mempertahankan jawatannya sebagai ketua wanita. – Gambar Facebook, 22 Disember, 2023.

TIMBALAN Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Aiman Athirah Sabu mengekalkan jawatan sebagai Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional bagi penggal 2023-2026 pada pemilihan jawatankuasa sayap parti itu, hari ini.

Sementara, Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Templer Anfaal Saari dipilih sebagai Timbalan Ketua AWAN Nasional bagi tempoh sama.

Pemilihan oleh 498 perwakilan itu turut menyaksikan Adun Kota Lama Hafidzah Mustakim, Salmee Said dan Kamaliah Noordin dipilih sebagai naib presiden.

Selain itu, jawatan Speaker disandang Zarina Dzulkupli yang menang tanpa bertanding, Rosmayana Abu Rahim sebagai timbalannya manakala Norlia Salleh serta Suriati Sukardi sebagai juruaudit.

Aiman Athirah dalam ucapan penangguhan Konvensyen AWAN Nasional 2023 merakamkan ucapan terima kasih kepada perwakilan seluruh negara yang memberi kepercayaan kepada 26 pimpinan termasuk kepada beliau untuk meneruskan khidmat kepada parti khususnya dan negara amnya.

Beliau turut berpesan kepada tujuh Ahli Jawatankuasa Pimpinan (JKP) AWAN Nasional baharu untuk segera mengadaptasikan diri kerana tugas dan tanggungjawab di peringkat nasional adalah berat.

“Selain itu, saya ingin mengingatkan kepada diri saya dan semua bahawa pemilihan kita ini bukan hanya untuk mengisi tempat kosong.

“Jadi bila contohnya kita memanggil mesyuarat pada bila-bila masa, sebagai kepimpinan kita perlu siap siaga. Itu adalah ingatan,” katanya.

Berikut senarai Ahli Jawatankuasa Pimpinan (JKP) AWAN Nasional penggal 2023-2026 yang dipilih pada Konvensyen AWAN Nasional 2023:

Aiman Athirah Sabu (Ketua AWAN Nasional)

Anfaal Saari (Timbalan Ketua)

Hafidzah Mustakim (Naib Ketua I)

Salmee Said (Naib Ketua II)

Kamaliah Noordin (Naib Ketua III)

Nurul Iman Dzulkefly

Zaitun Latiff

Nor Hayati Bachok

Rohani Abd Muttalib

Sabrina Md Yusoff

Norhayati Bidin

Mariam Abdul Rashid

Noorhaza Ma’an

Rozidah Abdul

Che Mazlina Che Yob

Norani Samsudin

Anis Afida Mohd Azli

Husna Mohd Amran

N.Pushpa

Julie Rosieta Mohamed

Sumayyah Mohamed Radzi

Che Noor Arifah Abu Bakar

Aida Yusof

Hamirah Ali

Hamisah Abdul Mubin

Minah Ahmad

Nurul Suhadah Shuib. – Bernama, 22 Disember, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen