Caprice beri keterangan kes video tular pelajar maut dilanggar polis


PENYANYI rap Caprice selesai memberi keterangan dipercayai berhubung tindakannya memuat naik video reaksi berkaitan insiden seorang pelajar sekolah maut dilanggar kenderaan dipandu seorang pegawai kanan polis, baru-baru ini.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur kira-kira jam 12.30 tengah hari ditemani pengarah filem Afdlin Shauki Aksan.

Ketika ditemui pemberita sejurus selesai memberi keterangan beliau memaklumkan polis mengambil dua telefon pintar, sebuah komputer riba, kamera dan kad memori miliknya bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Video yang dimuat naik Caprice menerusi media sosial itu bagaimanapun telah dipadamkan.

Sementara itu sumber polis mengesahkan Caprice sudah memberikan keterangan di IPD itu. – Bernama, 22 Disember, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen