SPRM sita pencakar langit Menara Ilham, kata laporan


Penyitaan berkenaan disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Disember, 2023.

AGENSI antirasuah menyita bangunan pencakar langit Menara Ilham di Kuala Lumpur bagi satu siasatan kes penyelewengan, lapor portal Buletin TV3.

Laporan itu menyebut, bangunan di lokasi premium berkenaan disita sejak Isnin.

Ia turut memetik satu notis sitaan bertarikh 8 Disember 2023 yang disiarkan dalam ruangan notis pemberitahuan sebuah portal berita dalam talian.

Notis itu dilaporkan menyebut, arahan menyita bangunan di Jalan Binjai itu dikeluarkan ke atas Pendaftar Hak Milik, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.

Arahan itu dikeluarkan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib di bawah Seksyen 38(1) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah, kata laporan itu.

Ia menyebut, notis terbabit melarang segala urusan tentang harta tak alih tersebut dan butiran itu juga dicatit pada dokumen hak milik.

Penyitaan berkenaan disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, lapor Buletin TV3. – 21 Disember, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen