Meshal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah angkat sumpah Emir baharu Kuwait


Meshal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah mengangkat sumpah jawatan sebagai Emir baharu Kuwait di Parlimen. – Gambar AFP, 21 Disember, 2023.

MESHAL Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah mengangkat sumpah jawatan sebagai Emir baharu Kuwait di Parlimen, lapor Sputnik memetik penyiar KTV 1 semalam.

Baginda menggantikan kekandanya Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah yang mangkat pada usia 86 tahun pada Sabtu lepas.

Meshal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah menjadi Emir ke-17 negara itu.

Menurut media tempatan, dasar luar Kuwait di bawah Emir baharu adalah selaras dengan pemerintah negara sebelum ini dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan Kuwait dengan jiran Arabnya di Teluk Parsi, serta mengukuhkan kerjasama dengan negara Arab yang lain. – Bernama, 21 Disember, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen