Indonesia minat beli 2 juta tan beras, kata PM Thailand


Thailand pengeksport beras kedua terbesar di dunia menyasarkan untuk mengeksport lapan juta tan metrik tahun ini. – Gambar AFP, 20 Disember, 2023.

PERDANA Menteri Thailand Srettha Thavisin berkata Indonesia berminat untuk membeli dua juta tan metrik beras Thailand pada tahun depan.

“Indonesia pada Isnin menghantar surat rasmi memohon untuk membeli dua juta tan metrik beras Thailand,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet semalam.

Sementara itu jurucakap kerajaan Thailand Chai Wacharonke berkata Indonesia menyatakan minat untuk mengimport sejuta tan metrik beras Thailand sebelum akhir tahun ini untuk meningkatkan keterjaminan makanannya.

Bagaimanapun permintaan itu tidak dapat dihantar dalam masa yang ditetapkan.

Thailand pengeksport beras kedua terbesar di dunia menyasarkan untuk mengeksport lapan juta tan metrik tahun ini.

Statistik menunjukkan Thailand mengeksport 6.9 juta tan metrik beras, peningkatan sebanyak 11.4 peratus tahun ke tahun dari Januari hingga Oktober tahun ini. – 20 Disember, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen