Persatuan Palang Merah hantar bantuan mangsa gempa bumi di China


Pekerja penyelamat mencari mangsa yang terselamat selepas gempa bumi di kampung Kangdiao, Dahejia, Daerah Jishishan, di wilayah Gansu barat laut China, hari ini. – Gambar AFP, 19 Disember, 2023.

PERSATUAN Palang Merah China (RCSC) memulakan respons kecemasan Tahap II dan menghantar pasukan petugas ke kawasan bencana selepas kejadian gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter menggegarkan wilayah Gansu di barat laut China lewat Isnin, lapor Xinhua.

Mekanisme penyelarasan kecemasan di barat laut China juga diaktifkan manakala pasukan mencari dan menyelamat, pasukan bantuan perubatan dan bencana telah dikerah, menurut RCSC.

Setakat ini, organisasi itu telah memperuntukkan lima juta yuan (US$704,000) bagi dana bantuan bencana.  

Kumpulan pertama bekalan bantuan bencana serta pasukan penyelamat telah tiba di kawasan terjejas. – Bernama, 19 Disember, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen