LEBIH 70% lelaki Ukraine bersedia melepaskan taraf kerakyatan mereka bagi mengelak daripada berkhidmat dalam Angkatan Tentera Ukraine, menurut tinjauan.
Tinjauan itu dijalankan Timbalan Ketua Jawatankuasa Parlimen Ukraine mengenai Keselamatan Negara, Pertahanan dan Perisikan Mariana Bezuhla pada Isnin, lapor Sputnik.
“Tinjauan hanya untuk lelaki. Adakah saya bersedia untuk melepaskan taraf kerakyatan Ukraine bagi mengelak daripada dipanggil berkhidmat?” menurut hantaran Bezuhla di media sosial.
Daripada 3,773 responden, 74% menjawab setuju manakala selebihnya berkata ‘tidak’.
Terdahulu pada Isnin, tinjauan terhadap golongan wanita mengenai sama ada mereka bersedia melepaskan taraf kerakyatan agar tidak dihantar ke unit pertahanan.
Lebih 3,500 orang mengambil bahagian dalam tinjauan itu dengan 63 peratus bersetuju dengan cadangan berkenaan. – Bernama, 19 Disember, 2023.
Komen