PARTI pembangkang India mendakwa 92 ahli Parlimen mereka digantung tugas kerana menuntut sesi debat diadakan susulan insiden kecuaian dalam aspek keselamatan sehingga membolehkan Parlimen diceroboh pada minggu lalu.
Pada 13 Disember dua lelaki memcetuskan kekecohan dengan menceroboh ke dalam di Dewan Rakyat sambil membawa bekas logam yang berisi bahan letupan atau gas pemedih mata.
Menteri Dalam Negeri harus membuat kenyataan berhubung insiden itu, kata presiden parti Kongres Mallikarjun Kharge.
T. R. Baalu dari parti Dravida Munnetra Kazhagam (DMK) berkata penggantungan sebilangan besar ahli Parlimen tidak pernah berlaku sebelum ini.
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi digantung tugas minggu lalu.
Kedua-dua penceroboh dikatakan diberikan pas pelawat atas cadangan seorang ahli Parlimen dari Parti Bharatiya Janata (BJP). – Bernama, 19 Disember, 2023.
Komen