Kes Covid-19 dijangka meningkat tetapi keadaan terkawal, kata KP kesihatan


Ravin Palanisamy

KES Covid-19 di negara ini dijangka terus meningkat menjelang akhir tahun sempena musim perayaan dan cuti, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Bagaimanapun katanya, kementerian sedang melakukan segala yang perlu untuk memastikan keadaan terkawal.

Beliau juga berkata peningkatan kes sebagai “fenomena global”.

“Hampir semua negara kini mengalami peningkatan dalam jumlah kes Covid-19.

“Oleh itu, kami juga menjangkakan jumlah kes akan meningkat (dalam minggu-minggu akan datang) tetapi kami akan terus memantau keadaan bagi memastikan ia terkawal,” katanya.

Dr Radzi optimis lonjakan kes akan reda dalam tempoh enam minggu.

“Dalam kebanyakan situasi, daripada apa yang kita pelajari sebelum ini, di mana terdapat lonjakan kes… biasanya ia akan berakhir dalam tempoh empat hingga enam minggu.

“Memandangkan langkah-langkah yang kita ada, kita harap dapat mengawal dan mengurangkan kes-kes tersebut,” tambahnya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan yang baru dilantik Dr Dzulkefly Ahmad berkata Putrajaya tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah mengekang lonjakan semasa kes Covid-19.

Keputusan untuk tidak mengenakan penutupan dibuat walaupun Malaysia melaporkan peningkatan kes Covid-19 baru-baru ini. – 18 Disember, 2023.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen