Bagaimana rasanya meneguk darah Jesus di Hari Natal?


Faisal Tehrani

Anak patung berbalut kain kafan berdarah dibawa berarak dalam protes di Beirut terhadap serangan Israel di Gaza. – Gambar EPA, 19 Disember, 2023.

WAHAI Amerika Syarikat, apakah rasanya darah Jesus yang kalian reguk? 

Kalian patut malu menyambut Hari Natal. Kalian patut malu berada di bawah pohon krismas membuka bungkusan hadiah. Kalian patut malu ke gereja membaca Injil kerana kalian adalah peminum darah Jesus. Kalian membunuh, kalian pembunuh. Kami jengkel dan jijik dengan kalian.

Amerika Syarikat hari ini adalah sebahagian daripada pembunuhan besar-besaran, atau kita namakan genosid, di Gaza. Pembunuhan yang kalian biarkan terjadi, malah ikut terlibat sama ini akan menghantui kalian sampai bila pun. 

Ia hanya mengesahkan kata-kata bahawa kalian, adalah syaitan besar. Hanya syaitan yang melihat pembunuhan tanpa rasa bersalah.

Saya mengatakan begini bukan atas dasar emosi akan tetapi kerana inilah yang sedang terjadi. Sukar untuk kalian mewajarkan perbuatan kalian di Palestin pada masa hadapan. Tangan kalian kini berlumur darah.

Kepala bayi yang terpenggal, kaki mereka yang terpotong, isi perut si kecil yang terburai, mata mereka yang terpentil keluar, atau otak yang menyembur keluar; dan kulit melecur para kanak-kanak akan mendatangi kalian kembali di hari akhir kelak. Ia akan datang dalam keadaan terpotong-potong, seketul-seketul untuk menuntut kembali daripada kalian.

Kalian patut malu menyambut Hari Natal. Kalian patut malu berada di bawah pohon krismas membuka bungkusan hadiah. Kalian patut malu ke gereja membaca Injil kerana kalian adalah peminum darah Jesus. Kalian membunuh, kalian pembunuh. Ketahuilah kami jengkel dan jijik dengan kalian.

Kemanusiaan dan mitos hak asasi manusia kalian telah terkubur kerana menveto resolusi untuk gencatan senjata di Gaza. Lebih 100 buah negara di dunia memanggil keamanan; 13 negara di Kerusi Majlis Keselamatan menyokong untuk menghentikan genosid di Gaza. Tetapi kalian tergamak membantah pembunuhan. Manakala United Kingdom yang pernah menjajah separuh dari pelusuk dunia pula berkecuali.

Kalian memilih untuk membiarkan pesta bunuh ini terjadi. Malah kalian membekalkan senjata untuk Palestin dimusnahkan dan darah Jesus mengalir memancur.

Selama dua bulan kalian membenarkan Palestin diratakan. Kalian memberikan alasan Hamas, Hamas, Hamas, Hamas. Di Tebing Barat tanpa Hamas kalian tetap membenarkan pembunuhan terjadi. Banyak tahun lalu sebelum Hamas lahir dari rahim keganasan kalian, pun kalian telah merelakan pembunuhan ini berlaku.

Satu daripada 75 penghuni Tebing Barat adalah beragama Kristian. Pada tahun 2009 terdapat 47,000 sehingga 50,000 Kristian di Tebing Barat; dengan 17,000 daripada mereka adalah Katolik. Sedangkan lainnya menurut gereja Ortodoks. 2.5 persen populasi Baitul Maqdis adalah orang Kristian.

Kami tahu pada tahun 2007 ahli Kongres Henry Hyde menulis kepada George W. Bush, ujar Hyde “umat Nasrani sedang dilenyek oleh Israel” dan pembesaran wilayah Israel di Tebing Barat dan timur Baitul Maqdis sedang menghapuskan penganut Kristian. Akan tetapi kalian memilih untuk pura-pura jahil. Kalian menutup mata.

Bagaimanakah kalian tergamak membantah permintaan untuk menghentikan pembunuhan. Apakah agama kalian? Agama Kristian apakah yang membenarkan kepala bayi dipotong dan kanak-kanak dibom?

Kalian patut malu menyambut Hari Natal. Kalian patut malu berada di bawah pohon krismas membuka bungkusan hadiah. Kalian patut malu ke gereja membaca Injil kerana kalian adalah peminum darah Jesus.

Kalian membunuh, kalian pembunuh. Kami jijik. Jangan mengaku Kristian, kalian hanyalah pengekor iblis.

Kematian di Gaza kini menghampiri angka 20,000. Betul, 20,000 pembunuhan. Genosid. Kanak-kanak dan wanita adalah 70% dari mereka yang terkorban. Beribu lagi mayat masih berada di bawah reruntuhan bangunan dan mereput tanpa pembelaan. Lebih 50,000 kecederaan berat. Dan hampir 1.8 juta rakyat Palestin kini terpaksa mengungsi.

Apakah yang dapat menghentikan kalian dari berpesta bunuh? Tidakkah kalian malu bersekutu dengan pembunuhan paling dahsyat dalam sejarah kemanusiaan moden?

Kanak-kanak Gaza dicincang-cincang menjadi keratan kecil badan ketika kalian meratah biskut halia di malam Natal.

Kanak-kanak Gaza dicincang-cincang menjadi keratan kecil badan ketika kalian melagukan Last Christmas.

Kanak-kanak Gaza dicincang-cincang menjadi keratan kecil badan ketika kalian bersilangan bertukaran hadiah.

Kanak-kanak Gaza dicincang-cincang menjadi keratan kecil badan ketika kalian menyanyikan petikan Injil.

Kanak-kanak Gaza dicincang-cincang menjadi keratan kecil badan ketika kalian membacakan ‘grace’.

Kanak-kanak Gaza dicincang-cincang menjadi keratan kecil badan ketika kalian sedang menikmati hidangan lazat Krismas.

Kanak-kanak Gaza dicincang-cincang menjadi keratan kecil badan ketika kalian menyalakan lilin Sunday of Advent.

Kanak-kanak Gaza dicincang-cincang menjadi keratan kecil badan ketika kalian membaca kisah Jesus dari Gospel.

Kanak-kanak Gaza dicincang-cincang menjadi keratan kecil badan ketika kalian menonton adegan nativiti.

Kanak-kanak Gaza dicincang-cincang menjadi keratan kecil badan ketika kalian menyanyikan lagu karol.

Itu semua berlaku ketika Jesus adalah warga Palestin dan kalian memeluk tubuh.

Kalian patut malu menyambut Hari Natal. Kalian patut malu berada di bawah pohon krismas membuka bungkusan hadiah. Kalian patut malu ke gereja membaca Injil kerana kalian adalah peminum darah Jesus. Kalian membunuh, kalian pembunuh. Jesus mual dan benci akan kalian.

Pada tahun 2022, terdapat 1,100 umat Kristian di Gaza. Yang lain bertabur di Baitul Laham, Beit Jala, Beit Sahour, Ramallah, Bir Zayt, Jifna, Ein Arik, dan Taybeh. Inilah sebahagian kecil yang masih ada di Palestin. Yang lain telah berhijrah keluar kerana tidak dapat lagi menanggung nestapa pembunuhan.

Beritahu kepada Patriarch Theophilos, Pierbattista Pizzaballa, George Bacouni, Moussa El-Hage, Suheil Dawani, dan Munib Younan; mereka sebagai paderi dan rahib besar pelbagai mazhab Kristian di Palestin; bahawa kalian di Amerika amat gemar meneguk darah Jesus. Yang kalian adalah pembunuh. Kami jijik. Jangan pernah mengaku kalian Kristian.

Kalian patut malu menyambut Hari Natal. Kalian patut malu berada di bawah pohon krismas membuka bungkusan hadiah. Kalian patut malu ke gereja membaca Injil kerana kalian adalah peminum darah Jesus. Kalian membunuh, kalian pembunuh.

Apakah yang kalian tunggukan di saat Santa Claus mengetuk jendela rumah kalian pada malam Natal? Apakah yang kalian nantikan dalam guni hadiah yang bakal dipersembahkan Santa Klaus? Kepala kanak-kanak Gaza sebagai hadiah Natal? Limpa, hati dan jantung berjurai kanak-kanak Gaza sebagai anugerah?

Tragedi ini adalah genosid. Kalian memilih untuk berdiam diri.

Kami berasa jijik dengan kalian. Kami mual dan muntah atas sikap kalian. Kalian kehilangan hak untuk bercakap perihal kemanusiaan dan hak asasi kepada kami. Kalian hanyalah peminum darah Jesus.

Semoga kelak Jesus kembali dan menafikan kalian sebagai pengikutnya. Semoga Jesus memberitahu kalian di muka, kamu bukanlah Kristian tetapi umat syaitan. Kalian mengucup salib ketika musuh menyalib kanak-kanak Gaza. 

Kalian menjijikkan. – 19 Disember, 2023.

* Mohd Faizal Musa atau Faisal Tehrani bertugas sebagai felo di Institut Alam dan Tamadun Melayu (UKM), Felo Pelawat di ISEAS-Yusuf Ishak dan Bersekutu untuk sebuah projek di bawah Weatherhead Center, Universiti Harvard. Faisal menulis mengenai pelbagai perkara yang menjadi minat beliau.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen