KOREA Utara melancarkan peluru berpandu balistilk yang tidak dikenal pasti ke arah Laut Jepun, lapor Sptunik memetik Agensi Berita Yonhap.
Ketua Turus Bersama Korea Selatan tidak memberikan sebarang maklumat mengenainya, menurut laporan.
Pada Ahad, agensi berita itu melaporkan bahawa Korea Utara telah menembak peluru jarak dekat yang terbang sejauh 570 kilometer dan jatuh ke Laut Jepun.
Sementara itu, di Tokyo, Kementerian Pertahanan Jepun berkata peluru berpandu Korea Utara yang dilancarkan itu dijangka jatuh pada 9.37 pagi waktu tempatan di luar zon ekonomi eksklusif Jepun, seperti yang dilaporkan oleh penyiar NHK pada Isnin.
Berkemungkinan peluru itu ditembak pada 11.24 malam dengan trajektori yang tinggi dan dijangka jatuh berdekatan utara pulau Hokkaido. – Bernama, 18 Disember, 2023.
Komen