Libya, Itali tandatangani perjanjian kerjasama pengangkutan udara


Kementerian Pengangkutan Libya dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Itali menandatangani dua perjanjian mengenai kerjasama pengangkutan udara. – Gambar fail AFP, 18 Disember, 2023.

KEMENTERIAN Pengangkutan Libya dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Itali menandatangani dua perjanjian mengenai kerjasama pengangkutan udara, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan Libya perjanjian pengangkutan udara dan memorandum mengenai kerjasama teknikal itu ditandatangani oleh Presiden Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Itali Pierluigi Di Palma dan Setiausaha Bahagian Pengangkutan Libya Khaled Swesi.

Kenyataan berkenaan memaklumkan perjanjian pengangkutan udara itu akan memudahkan penyambungan semula penerbangan antara Eropah dan Libya manakala memorandum kerjasama teknikal antara institusi penerbangan awam akan menyumbang kepada meningkatkan kecekapan kakitangan penerbangan awam.

Penerbangan langsung antara Libya dan Itali disambung semula pada September selepas terhenti hampir 10 tahun.

Pada Disember 2014, Suruhanjaya Eropah melarang semua syarikat penerbangan Libya daripada beroperasi di ruang udara EU dengan alasan keselamatan. – Bernama, 18 Disember, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen