Pakistan kutuk serangan pengganas di Iran


Sebelas anggota polis Iran yang terbunuh dalam serangan pengganas di balai polis di tenggara Iran pada Jumaat.– Gambar X, 18 Disember, 2023.

PAKISTAN pada Ahad mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di wilayah Sistan dan Baluchestan di tenggara Iran yang mengorbankan 11 anggota polis dan mencederakan beberapa yang lain, lapor Xinhua.

“Pakistan mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di Iran… Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan mereka yang cedera cepat sembuh,” menurut Kementerian Luar Pakistan dalam satu kenyataan.

Pakistan bersolidariti dengan kerajaan dan rakyat Iran.

Kementerian Luar berkata keganasan adalah ancaman kepada keamanan dan keselamatan serantau serta global, dan ia perlu ditangani dengan segala cara termasuk melalui kerjasama dua hala dan serantau.

Sebelas anggota polis Iran terbunuh manakala tujuh lagi cedera dalam serangan pengganas di balai polis di Rask County pada Jumaat, menurut Agensi Berita Tasnim. – Bernama, 18 Disember, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen