Penduduk Puchong bergantung harap pada pembangkang selesai isu PJD Link


Ravin Palanisamy

Penduduk Puchong masih tidak yakin cadangan projek PJD Link benar-benar dibatalkan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Disember, 2023.

ISU projek Lebuh Raya Bertingkat Penyuraian Trafik Petaling Jaya (PJD Link) yang masih belum selesai sepenuhnya menyebabkan penduduk Puchong semakin putus asa dengan kerajaan negeri Selangor dan memutuskan untuk mendapatkan bantuan pembangkang.

Setiausaha Kinrara Residents Against PJD Link (KRAP) Saktiseelan Shivasubramaniam penduduk kini semakin bosan dengan pendirian tidak jelas kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

“Kami sudah putus asa dengan kerajaan negeri. Selepas banyak kali cuba menghubungi pemimpin-pemimpin PH dan tidak berhasil, kini mengharapkan Perikatan Nasional (PN) untuk bantu kami selesaikan isu ini,” katanya Saktiseelan kepada The Malaysian Insight.

Saktiseelan mendakwa beberapa pemimpin PN telah bersetuju untuk membantu mereka.

Pada 31 Julai lalu, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari umum permohonan pembinaan PJD Link dibatalkan kerana kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan pelan perancangannya yang tidak menepati syarat yang telah ditetapkan.

Keputusan itu dibuat selepas meneliti laporan penilaian impak yang dikemukakan terutama dari segi laporan impak sosial, katanya dalam satu kenyataan.

Kemudian pada 1 Ogos, Amirudin yang juga ahli Parlimen Gombak berkata projek PJD Link mungkin dihidupkan semula sekiranya pemaju memenuhi syarat ditetapkan oleh negeri itu.

Kini penduduk mendapat tahu bahawa pemaju telah mengemukakan Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) baharu, dan semakan melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (PlanMalaysia) mendedahkan ia telah diluluskan.

“Berdasarkan semakan kami pada 17 November lalu, kami dapati PJD Link Sdn Bhd telah pun mengemukakan satu lagi SIA.

“Semakan lain menunjukkan SIA baharu itu sudah diluluskan,” katanya. – 18 Disember, 2023.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen