Hari Bahasa Arab sedunia disambut di Paris pada 18 Disember


Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia akan diadakan di Paris pada 18 Disember, bertemakan "Arabic: The Language of Poetry and Arts". – Gambar fail AFP, 17 Disember, 2023.

SAMBUTAN Hari Bahasa Arab Sedunia akan diadakan di Paris pada 18 Disember, bertemakan “Arabic: The Language of Poetry and Arts”.

Ia dianjurkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) menerusi Program Bahasa Arab Putera Sultan bin Abdulaziz Al Saud dengan kerjasama Delegasi Tetap Kerajaan Arab Saudi ke Unesco, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Sempena sambutan itu, pameran “Building Bridges of Understanding and Respect” juga akan diadakan dari 18 hingga 22 Disember. – Bernama, 17 Disember, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen