POLIS menerima 12 laporan berhubung insiden di mana seorang pelajar tingkatan lima terbunuh selepas dikatakan dilanggar kereta dipandu pegawai kanan polis di Ipoh, perak.
Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata kes itu masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan atas kesalahan pemanduan cuai hingga menyebabkan kematian dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh.
Beliau berkata pegawai polis terbabit yang berusia 44 tahun, ditahan pada Jumaat, dan ujian sampel air kencingnya didapati negatif ujian dadah,” katanya dipetik daripada The Star.
Pada Jumaat, dilaporkan mangsa, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, mati di tempat kejadian di Jalan Taman Jati dalam kejadian pada 12.40 tengah hari.
Bedah siasat mendapati pelajar calon SPM di SMK Jati itu meninggal dunia akibat kecederaan di dada dan perut.
Suspek ditahan reman tiga hari hingga Isnin bagi membantu siasatan. – 17 Disember, 2023.
Komen