UK, Jerman gesa gencatan senjatan berpanjangan di Gaza


Konflik terburuk di Gaza menyaksikan lebih 18,800 orang terbunuh sejak Israel melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas wilayah ditakluknya itu. – Gambar AFP, 17 Disember, 2023.

MENTERI Luar UK David Cameron dan rakan sejawatnya di Jerman, Annalena Baerbock pada Sabtu berkata wujud “keperluan mendesak” untuk “gencatan senjata berpanjangan” di Gaza.

Kedua-dua menteri itu dalam artikel bersama di Sunday Times berkata “terlalu ramai orang awam terbunuh” dalam konflik itu dan menambah tekanan kepada Israel untuk mempercepatkan operasi ke Hamas dengan penamat yang “berlanjutan”.

“Kita perlu melakukan apa sahaja untuk membuka jalan kepada gencatan senjata berpanjangan yang membawa kepada keamanan berpanjangan. Semakin cepat ia berlaku, semakin baik, wujud keperluan mendesak,” tulis mereka.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka juga berkata “mereka tidak percaya desakan gencatan senjata umum dan serta merta sekarang mempunyai harapan ia menjadi kekal dan membawa kepada jalan menuju ke hadapan.

“Ia mengabaikan sebab mengapa Israel terpaksa mempertahankan diri: Hamas yang gasar menyerang Israel dan masih menembak roket untuk membunuh warga Israel setiap hari. Hamas perlu dilucutkan senjata mereka,” tambahnya.

Perhimpunan Agung PBB pada malam Selasa secara besar-besaran menuntut gencatan senjata di Gaza, tetapi UK tidak hadir untuk mengundi.

Israel menerima tekanan hebat daripada sekutu Baratnya berkaitan konflik di Gaza dengan penyokong utama AS mengecam pengeboman sebagai tindak balas ke atas serangan pada 7 Oktober, menyifatkan sebagai “tidak mendiskriminasi orang awam”.

 

Konflik terburuk sekarang berlaku selepas Hamas melancarkan serangan ke Israel pada 7 Oktober membunuh sekitar 1,200 orang dan menjadikan 240 orang tebusan, menurut pihak berkuasa Israel.

Berikrar mahu menghapuskan Hamas dan membawa semula tebusan, Israel melancarkan serangan bertalu-talu ke atas Gaza.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, serangan itu sudah membunuh 18,800 orang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak setakat ini. – AFP, 17 Disember, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen