EMIR Kuwait, Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah meninggal dunia pada usia 86 tahun, kata Menteri bagi Hal Ehwal Kabinet Kuwait Mohammad Abdullah Al-Mubarak Al-Sabah pada Sabtu, lapor Sputnik.
Pada akhir November, agensi berita Kuwait (KUNA) melaporkan Emir dimasukkan ke hospital kerana masalah kesihatan.
“Kami berduka cita atas pemergian Emir Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, yang meninggal dunia pada Sabtu,” kata pegawai itu kepada KUNA. – Bernama, 16 Disember, 2023.
Komen