KERAJAAN Zimbabwe berikrar untuk mempercepat usaha memerangi wabak taun selepas kes kumulatif disyaki taun meningkat kepada 10,633 kes, lapor Xinhua.
Angka itu meningkat daripada 9,895 kes disyaki yang direkodkan pada minggu sebelumnya.
Menteri Penerangan, Publisiti dan Perkhidmatan Penyiaran Jenfan Muswere dalam sidang media pada Selasa berkata kerajaan akan mengadakan lawatan turun padang ke wilayah Manicaland, satu daripada wilayah yang terjejas teruk untuk menilai keadaan di lapangan.
Beliau berkata kerajaan baru-baru ini menerima konsainan komoditi tindak balas taun daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
“Komoditi ini akan diagihkan ke semua daerah yang terjejas dan ditempatkan di kawasan-kawasan berisiko tinggi yang belum melaporkan kes, membolehkan mereka bersedia untuk bertindak balas terhadap wabak itu,” kata Muswere. – Bernama, 13 Disember, 2023.
Komen