3 maut dalam banjir di Bolivia


Tiga maut termasuk dua kanak-kanak selepas dua sungai melimpah di wilayah Potosi, Bolivia semalam. – Gambar EPA, 12 Disember, 2023.

SEKURANG-KURANGNYA tiga maut termasuk dua kanak-kanak selepas dua sungai melimpah di wilayah Potosi, Bolivia semalam, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Mangsa yang maut merupakan seorang wanita berusia 70-an dan dua kanak-kanak, masing-masing berusia tiga dan lapan tahun yang dihanyutkan di perbandaran Cotagaita, kata setiausaha pembangunan pertanian dan keselamatan makanan kerajaan tempatan, Genaro Mendez kepada pemberita.

Sekurang-kurangnya 25 komuniti luar bandar dan 1,500 keluarga telah terjejas akibat banjir, kata Timbalan Menteri Pertahanan Awam Bolivia, Juan Carlos Calvimontes semasa sidang media.

Jalan raya, rumah dan struktur fizikal yang lain turut rosak teruk. – Bernama, 12 Disember, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen