KEADAAN banjir di jajahan Pasir Mas, Kelantan semakin pulih apabila hanya 62 mangsa daripada 22 keluarga berada di satu pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 9 malam ini.
Jumlah itu berkurangan berbanding 711 orang daripada 229 keluarga yang direkodkan pagi tadi.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, semua mangsa berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Gual To’ Deh di Rantau Panjang. – Bernama, 9 Disember, 2023.
Komen