Gambar diambil di selatan Israel berhampiran sempadan dengan Semenanjung Gaza pada 7 Disember 2023, menunjukkan asap berkepul-kepul semasa pengeboman Israel ke atas Gaza, ketika pertempuran berterusan antara Israel dan kumpulan Hamas. – Gambar AFP, 8 Disember, 2023.
PERANG Israel-Hamas telah membunuh sekurang-kurangnya 17,177 orang di Semenanjung Gaza, menurut kementerian kesihatan di wilayah Palestin yang dikendalikan Hamas pada Khamis.
Kementerian itu berkata sejumlah 350 terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu ketika pengeboman sengit Israel berterusan di Gaza dua bulan sejak perang meletus selepas serangan mengejut oleh Hamas di selatan Israel. – AFP, 8 Disember, 2023.
Komen