TENTERA Amerika Syarikat (AS) semalam berkata pasukan itu akan menghentikan operasi keseluruhan kumpulan pesawat V-22 Osprey miliknya, seminggu selepas pesawat sama terhempas di pantai Jepun mengorbankan lapan anggotanya, lapor Xinhua.
Dalam satu kenyataan Komando Operasi Khas Tentera Udara AS (AFSOC) berkata komandernya Tony Bauernfeind mengarahkan penangguhan operasi bagi “mengurangkan risiko sementara siasatan diteruskan” ke atas nahas pesawat V-22 Osprey di pantai Yakushima, sebuah pulau di selatan Jepun pada 29 November mengorbankan kesemua anggota AFSOC.
“Maklumat awal siasatan menunjukkan kegagalan material berkemungkinan menjadi punca nahas,” menurut kenyataan itu. – Bernama, 7 Disember, 2023.
Komen