KADAR antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM23.32 bilion dan RM31.53 bilion dalam dana Islam.
Bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional melibatkan tender bernilai RM1 bilion selama tujuh hari dan tender RM500 juta bertempoh 14 hari.
Ia juga mengendalikan dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion, masing-masing untuk jangka masa 32 hari dan 91 hari, serta dua tender Qard iaitu tender RM600 juta (tujuh hari) dan tender RM300 juta (14 hari).
Selain itu, BNM mengumumkan penerbitan Bil Islam Antara Bank Bank Negara pada 11 Disember berjumlah RM2.5 bilion selama 31 hari, ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.
Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM23.8 bilion dan tender semalaman murabahah berjumlah RM30.6 bilion. – Bernama, 7 Disember, 2023.
Komen