Penyerang di universiti Las Vegas mati lepas tembak 3 mangsa


SEKURANG-KURANGNYA tiga mangsa dimasukkan ke hospital selepas satu insiden tembakan rambang di University of Nevada, Las Vegas semalam, dengan seorang suspek mati, kata polis.

Keadaan ketiga-tiga mangsa belum disahkan dalam insiden terbaru keganasan senjata api di Amerika Syarikat (AS).

“Suspek sudah meninggal dunia,” kata Serif Kevin McMahill di media sosial.

Polis menerima panggilan telefon kira-kira jam 2 petang, memaklumkan seorang anggota keselamatan sedang berdepan dengan suspek di kampus, di mana bunyi tembakan kendengaran di dua lokasi.

Rakaman televisyen menunjukkan kenderaan polis di kawasan kampus.

Dua jam selepas insiden itu, universiti berkenaan yang terletak berhampiran kawasan tumpuan pelancong, Las Vegas Strip tetap menggesa orang ramai supaya mencari tempat perlindungan, sementara polis memeriksa setiap bangunan. – AFP, 7 Disember, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen