Australia lulus undang-undang baharu, Sirul mungkin ditahan semula


Ravin Palanisamy

Sirul Azhar Umar yang disabitkan kesalahan membunuh di Malaysia, adalah antara mereka yang dibebaskan bulan lepas daripada tahanan imigresen Australia. – Gambar YouTube, 6 Disember, 2023.

BEKAS polis Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh boleh ditahan semula selepas Parlimen Australia meluluskan undang-undang tahanan pencegahan, membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini yang penahanan imigresen tanpa had adalah satu kesalahan.

Undang-undang diluluskan Dewan Negara itu, bertujuan menangkap semula sejumlah 148 bukan warganegara, sebahagian daripadanya penjenayah, yang dibebaskan bulan lepas susulan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Sirul yang disabitkan kesalahan membunuh di Malaysia, adalah antara mereka yang dibebaskan bulan lepas.

Menurut laporan di Australia, undang-undang terbaharu itu membolehkan kerajaan meminta mahkamah menangkap semula tahanan sehingga tiga tahun jika mereka sebelum itu disabitkan dengan jenayah kekerasan atau seksual yang boleh dikenakan hukuman maksimum sekurang-kurangnya tujuh tahun.

Bagaimanapun, ia hanya boleh dilakukan jika hakim bersetuju terdapat kebarangkalian tinggi mereka akan melakukan kesalahan lain. – 6 Disember, 2023.

Berita penuh di sini



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen