Kerajaan Perpaduan beri tumpuan rancakkan ekonomi negara, kata PM


Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pertumbuhan ekonomi negara turut dibuktikan menerusi peningkatan kemasukan pelaburan asing. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Disember, 2023.

KERAJAAN Perpaduan berlandaskan Ekonomi Madani dengan menumpukan kebijakan ekonomi untuk meningkatkan pertumbuhan membawa hasil terutama dalam sektor baharu seperti digital, tenaga hijau dan tenaga boleh baharu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pertumbuhan ekonomi negara turut dibuktikan menerusi peningkatan kemasukan pelaburan asing dengan nilai yang lebih tinggi berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini.

Beliau berkata demikian sewaktu Wawancara Khas Setahun Bersama Kerajaan Madani yang disiarkan TV3 hari ini. – Bernama, 5 Disember, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen