Polis Thailand gagalkan operasi seludup, rampas 2 tan methamphetamine


POLIS Thailand merampas 2 tan methamphetamine kristal daripada sebuah bot tunda besar di Chachoengsao dalam satu operasi besar semalam.

Dadah itu yang dipercayai dalam perjalanan ke Filipina dan Australia berjaya dirampas hasil usaha bersama polis marin dan narkotik.

Seramai 13 individu kesemuanya warga Thailand ditahan di sebuah jeti di daerah Bang Pakong di Chachoengsao.

Pol Mej Jen Phrutthipong Nutchanart, Komander Bahagian Polis Marin berkata 2,000 kilogram methamphetamine kristal itu disorok dalam 90 kotak kadbod.

Beliau berkata hasil siasatan awal menunjukkan suspek yang ditahan merancang memindahkan barang seludup itu ke kapal yang menunggu di perairan antarabangsa.

“Siasatan terhadap operasi kumpulan itu masih diteruskan,” katanya. – Bernama, 5 Disember, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen