AMERIKA Syarikat (AS) pada Isnin berkata ia meminta Israel membenarkan lebih banyak bahan api dihantar ke Semenanjung Gaza yang dilanda bencana selepas gencatan senjata tamat.
““Kerajaan Israel tidak membenarkan bahan api masuk awal pada Jumaat,” kata jurucakap Jabatan Negara, Matthew Miller, kepada wartawan.
“Kami berterus-terang dengan mereka tentang keperluan bahan api masuk dan melihat ada bahan api akan masuk pada Jumaat,” katanya.
“Kami dapati bahan api tambahan masuk pada Sabtu, tetapi ia berada pada tahap yang sama seperti sebelum jeda bermula.
“Kami menjelaskan dengan terang mahu melihatnya kembali bukan sahaja ke tahap semasa jeda, tetapi lebih tinggi.” – AFP, 5 Disember, 2023.
Komen